powered by
TickBar

Sunday, January 22, 2012

Hacked By Rainseven

Kami Bukan Memberontak
Kami Bangun Kerana Kami Peduli
Kami Golongan Belia
Tapi Kenapa Kami Dibenci Bila Bersuara??
INGAT!!! Kami Adalah Aset Yang Berharga..
Kamilah Warisan Kepimpinan Masa Depan Negara!
Maka Tolong Kami! Bimbing Kami! Didik Kami!
Kami Bukan Anonymous Crew!
DragonForce Hak Milik Rakyat Malaysia..!!!

PUIHH SAYA RAINSEVEN BENCI POLITIK !
Like My Page: https://www.facebook.com/RainsevenCyberSecruity

Sunday, January 1, 2012

Suara Mahasiswa Di perkecil??!

1 Januari 2012.. MUNGKIN ramai ank muda di luar sana menyambut tahun baru dengan bermacam gaya, ade yang menonton konsert, ada yang berlumba haram dan ada yang menghadiri ceramah Ustaz Azahar Idrus..
tetapi nun jauh di sudut pemikiran remaja lain, mahasiswa UPSI bangkit dengan pemikiran yang matang dan rasa mereka ditindas.

ADAM ADLI.

tiba-tiba nama pemuda ini menjadi perbualan segelintir mahasiswa yang peka dengan keadaan semasa ..permulaan pemuda ini menurunkan Bendera Najib Razak mula menghangatkan suasana bloger2 yang lain dek kerana stesyen televesyen kerajaan tidak mengulas mengenai LEBIH LANJUT berkaitan pemuda ini..

berbalik kepada topik..

MALAM TAHUN BARU 2012 yang penuh berdarah untuk seluruh mahasiswa yang PEKA terhadap AUKU..

mengapa AUKU ditentang?

Pada pendapat saya, terdapat dua jenis mahasiswa sebenarnye:

1) mahasiswa yang mengikut apa sahaja peraturan yang telah ditetapkan dan hanya masuk universiti utuk mendapatkan segulung ijazah atau diploma

dan

2) mahasiswa yang mengikut peraturan yang telah ditetapkan tetapi mereka inginkan hak bersuara dan mereka bukan masuk ke universiti semata2 untuk mendapatkan diploma ataupun ijazah tetapi mereka ingin menjadi seorang mahasiswa yang stabil dari segi sosialnya..

mengapa berlaku DUA jenis mahasiwa begini?

norma kehidupan..ada yang peka terhadap isu semasa dan ada yang hanya datang nk dapatkan certificate saja dan hanya pergi kelas n balik kelas..

persitiwa berdarah pada malam tahu baru 2012 membuktikan bahawa AUKU harus DIMANSUKAN..mengapa?kerana saya percaya mahasiswa kini bukan lagi berada di tahun 60an dimana meraka tidak membuka minda mereka tetapi mahasiswa abad ini berada pada landasan yang betul untuk menyuarakan pendapat mereka dan saya fikir mereka boleh bergiat aktif di dalam POLITIK..kerana apa??

apa itu PEMUDA UMNO?

pemuda.nama pun pemuda..dah tentu orang muda dan umum tahu mahasiswa berumur dalam lingkunagn 18 tahun sehingga 25 tahun..mengapa tidak mereka berpolitik?sebab xmatang?

matang tidak boleh di nilai melalui umur..umur sebenarnye tidak menggambarkan apa2..

dan pada usia ini mahasiswa bergiat aktif dalam politik sebab ape?

sebab mereka rasa apa yang rakyat biasa rase..wahai PEMIMPIN NEGARA yang dihormati sila bangun, lihat anak muda mu, generasi mu dan bangsamu berjuang bukan demi kepentingan sendiri, bukan demi DUIT, tetapi DEMI KEPENTINGAN HAK MEREKA..

jangan keran mereka bangkit menentang kerajaan, mereka dicaci oleh orang2 yang berduit, orang2 yang tua dari mereka, berilah mereka peluang untuk membuktikan siapa MAHASISWA dan dengarlah suara Mahasiswa BUKAN DENGAR SUARA pemimpin KORUPSI..

JIKA TERUS BEGINI PEMIMPIN NEGARA mengabaikan kaum muda, maka tidak hairanlah PRU 13 BUKAN LAGI MILIK UMNO & BN...

Friday, December 9, 2011

Tak Mahu Lepaskan Jawatan NIK AZIZ salahkan MAHATHIR..

Menjadi seorang Nik Abdul Aziz sememangnya mudah. Apabila sudah terdesak, salahkan sahaja sesiapa sahaja yang paling dibenci oleh para pengikut PAS dan Pakatan tetapi nama itu jugalah yang mampu membuatkan sabdaan Nik Aziz akan diangkat sebagai satu kanun.

Itulah yang berlaku apabila Nik Aziz yang dikatakan menghidap barah prostat tidak akan melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat walaupun pada masa yang sama akan melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan yang telah disandangnya selama lebih 20 tahun walaupun pencapaian yang ditunjukkan sebagai Menteri Besar amat memalukan kaum, bangsa dan agama.

Sebagai seorang tua, Nik Aziz sedar bahawa dia sebenarnya tidak lagi diperlukan. Apatah lagi dia memang gagal total, termasuklah untuk memastikan bekalan air bersih untuk seluruh penduduk serta rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan Nik Abdul Aziz sudah kerap kali dibuaikan dan didodoi oleh dendangan pujian serta ampu yang melampau, maka dia perlu menyalahkan orang lain bagi mencipta alasan mengapa dia tidak perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.

Dalam hal ini, Nik Aziz menyalahkan Mahathir. Nik Aziz menyalahkan Mahathir kerana Mahathir telah berhenti dan melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Betullah cakap Nik Aziz, siapa suruh Mahathir berhenti. Sekarang, tak guna Mahathir melalak menyuruh dia pula berhenti kerana dia memang tidak mahu berhenti.

Itulah petanda jelas yang menunjukkan Nik Aziz sudah nyanyuk dan pelupa. Nik Aziz tidak ingat lagi bagaimana dia mendesak Mahathir melepaskan jawatan dengan segala macam fatwa dan kemudian berkata, dia akan melepaskan jawatan sekiranya Mahathir turun daripada takhta Perdana Menteri

Tetapi Nik Aziz hanyalah seorang manusia yang lidahnya terlalu bercabang-cabang. Teruk benar perangai orang politik sepertinya yang akan bercakap apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran asallkan dia dapat dapat memberi alasan biarpun alasan itu sebenarnya menjelaskan dan menunjukkan yang tidak seulamak seperti yang digembar-gemburkan oleh para pengikutnya.

Wednesday, December 7, 2011

PUAKA DI SEBALIK ANTI LYNAS ???




rasenye lame dh WWP x update..bz memanjang.kali ni bergiat semula..

post kali ni nak cerita pasal LYNAS..ni psl puka disebalik ANTI-LYNAS..

benarkah puaka ini (dalam bulatan ) merupakan dalang di sebalik projek anti lynas ?

kami sudah mendapat kisah panas mengapa lynas dijadikan kempen oleh dap.

kenapa cina dap menyerang lynas ?

ini semua ada kaitan dengan ketamakan bangsa mereka dalam urusan berniaga.

yang rugi adalah rakyat melayu di kuantan. 
yang jadi barua pula adalah pkr.
nak tahu lanjut, KLIK SINI.

Tuesday, July 12, 2011

Ekslusif - Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar!







Kejam dan zalim itu lah yang akan terpancul dari mulut rakyat Malaysia yang menyaksikan video diatas. memang menyedihkan apabila seorang yang sedang Nazak dan akhirnya menemui ajal diperlakukan begitu Biadap oleh Pihak Polis tampa memberi apa apa bantuan kecemasan kepada mangsa yang sedang meraung kesakitan.










Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Itu kata mereka Blogg Blogg dan Media Pakatan Pembangkang sejak pada petang Sabtu sehinggalah ke hari ini. Mereka menyasarkan Video diatas dan Gambar gambar yang menunjukkan seolah olah Arwah Mati Shahid sewaktu Demo Bersih.

Video di atas dan Gambar gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen dan emelen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Kasihan? Mari kita dedahkan KONSPIRASI TERANCANG yang mereka Pemimpin Pakatan Pembangkang dan Media mereka lakukan dalam menghasut Rakyat Malaysia.

Untuk makluman Lelaki didalam Video di atas merupakan seorang lelaki yang agak kurang waras orangnya. Nama lelaki tersebut Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi. Beliau merupakan seorang Broker tanah yang juga mempunyai Dua orang isteri.Suhardi Mohd juga merupakan bekas pengikut Al Arqam.



Hebat Lakonan Sebelum Kematian
Memaparkan Si Mati Bersama Si Kafir
tanda Pakatan Rakyat yang Utuh

BAGAIMANA KONSPIRASI BERMULA

Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan Mati sewaktu demo Bersih yang berlangsung. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun kepimpinan Pakatan Pembangkang inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun.

KRONOLOGI

                                              Lakonan Suhardi Menjadi Imam

Hebat Lakonan Suhardi






Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Suhardi Mohd sebenarnya memang sengaja untuk pihak polis menangkap beliau kerana telah dirancang akan penangkapan itu. Untuk makluman Pihak Polis yang berada di sekitar demo tidak akan mengkap para pendemo yang tidak mencetuskan kekecohan namun akan menangkap mereka yang mencetuskan Provokasi.

Oleh itu Suhardi Mohd mencetuskan beberapa Kekecohan sehingga mencabar pihak Polis menangkap beliau. Dan akhirnya pihak Polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.

Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.





Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Sejurus sampai di Hospital Suhardi Mohd telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu ini lah segala galanya terbongkar.

Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu Kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC.

Maka sebab itulah pada sebelah petang membawa ke semalam tak putus putus mereka Media pakatan Pembangkang memainkan Gambar Suhardi Mohd dengan pelbagai cerita. Video SuhardiMohd yang pura pura mati disebarkan diseluruh medium sama ada Blogg, Facebook dan lain lain lagi.

Pada Mereka Pakatan Pembangkang Ianya Membawa Keuntungan Dalam Lakonan Palsu Kematian Suhardi Mohd ini.

Suhardi Mohd kini sedang diancam nyawa nya kerana bertindak bercerita bahawa beliau sengaja melakonkan watak mati tersebut. Suhardi Mohd yang kini masih menetap di Bangi difahamkan juga telah memberikan kerjasama kepada pihak Polis.

Oleh sebab itu lewat malam tadi berderet deret Blogg Blogg dan media Pakatan pembangkang mengeluarkan Artikel Ralat yang menyatakan bahawa gambar Suhardi Mohd bukanlah Gambar Arwah Baharudin yang sebenarnya meninggal dunia.

Agenda mereka dalam menghasut rakyat telah pun berjaya.


                                             WATAK WATAK LAIN DALAM KONSPIRASI!



Ini lah lelaki yang memegang Pembesar suara didalam gambar diatas tadi, Ketua Penerangan AMK Pusat Rozan Azean Mat. Penerangan yang mana mempunyai kaitan yang amat rapat dengan para Media pakatan pembangkang.




Topeng Perak @ Unmasked dilabelkan di Video yang telah disebarkan kepada Rakyat Malaysia bagi meraih simpati dan menghasut rakyat mempercayai bahawa pihak Polis telah melakukan kekejaman ke atas si Mati sepertimana yang ditunjukkan di dalam Video di atas tadi.
Topeng Perak @ Poji Blogger Pembangkang yang memang cukup dikenali dalam dunia Media baru dalam Malaysia. Blogger yang dikaitkan dengan Hussam Musa ini yang mana mendapatperuntukkan RM2 Juta pada tahun lepas bagi menggerakan Media Baru buat Pakatan pembangkang setelah menggantikan Blogger Kickdeffela.

Topeng Perak @ Kru nya berada disaat saat Arwah menghembuskan nafas nya yang terakhir dan ini bukanlah satu kebetulan kerana Konspirasi telah di rancang dan atas sebab itu hanya Beliau dan Kru nya sahaja yang berjaya merakam video tersebut. Oleh sebab itu Video tersebut di labelkan dengan nama beliau dan bukan dengan nama lain.

Apa yang Gomo sampaikan ini adalah kebenaran yang wajar buat Rakyat Malaysia ketahui, artikel semalam juga Gomo telah nyatakan bagaimana mereka Pakatan pembangkang memang sengaja tidak menyediakan Pasukan Perubatan bagi memastikan Kecederaan ataupun kematian berlaku bagi memberikan mereka keuntungan dalam Demo yang diadakan.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Sekarang ini masih ada lagi media media Pakatan pembangkang yang memainkan sentimenLakonan Palsu kematian Suhardi Mohd. Lihat gambar diatas yang mana gambar gambar di pengkebumian Arwah Baharuddin mangsa yang mati akibat sakit jantung. Diakhir gambar gambar tersebut diletakkan gambar Suhardi Mohd yang sedang memohon Doa walhalkan mereka sendiri tahu yang dikebumikan adalah orang lain dan yang memohon doa adalah orang lain.

Itulah sentimen yang mereka bawa dalam menghasut Rakyat Malaysia dan itulah juga buktiKonspirasi yang mereka rancang bagi menghasut Rakyat. Ini lah dia Pakatan Pembangkang yang sebenar, hebat dalam melakukan Konspirasi.

Semoga segala yang Gomo dedahkan memberi satu maanfaat berguna buat Rakyat Malaysia agar berhati hati dengan mereka Pakatan Pembangkang ini. Jangan hanya kerana RM200 yang di sogok kita menjadi Pencacai kepada mereka.

Gambar Sebenar Arwah Baharuddin Yang pada waktu gambar ini dirakam beliau masih lagi belum meninggal dunia dan sedang mendapat rawatan dari Anggota Polis serta Pegawai Perubatan Kerajaan Malaysia.


KENAPA GAMBAR SEBENAR TIDAK DI KELUARKAN
MEDIA PAKATAN PEMBANGKANG?


Sedarlah Rakyat Malaysia
PAKATAN PEMBANGKANG RAJA DRAMA





sumber: papa gomo











Sunday, July 10, 2011

EKSKLUSIF: BUKTI bergambar kekejaman POLIS..

Hari ini kesemua Blogg Pakatan pembangkang memainkan isu Demo BerSHIT semalam yang GAGAL di laman Blogg Blogg mereka. Bermacam maca cerita yang di keluarkan dan pastinya artikel dengan entry KEKEJAMAN POLIS menjadi target utama mereka.

POLIS KEJAM, POLIS ZALIM, POLIS YAHUDI dan bermacam macam lagi yang mereka nyatakan ke atas pasukan PDRM yang semalam bertungkus lumus menggagalkan demo haram berSHIT.

Polis menjalankan kewajipan mereka dalam menjaga ketenteraman awam dan apa sahaja yang mengundang masaalah kepada ketenteraman awam mestilah di patahkan cubaan tersebut melalui pelbagai cara sekalipun.

FRU Pasukan Polis yang merupakan elemen terpenting dalam pengkuatkuasaan semalam banyak di persalahkan oleh Pakatan Pembangkang kerana di katakan kasar dan bertindak tidak berhati perut kepada para pendemo. Benarkan begitu?

Ya sy tidak nafikan memang cara FRU Kasar sewaktu demo semalam namun itulah FEDERAL RESERVE UNIT yang kerja meraka adalah untuk mengawal kekecohan dan mematahkan aktiviti yang boleh menggugat keamanan negara.



                                 ini ke rakyat malaysia?
                                       dah macam kedai kopi dah..pdhal dekat khemah polis..
                                    disoal siasat secara baik..
                        
Gambar Gambar di atas membuktikan kepada kita Semua PDRM bukanlah kejam dan zalim sebagaimana
yang di kata malah lebih meyakinkan kita apabila gambar gambar di atas membuktikan bahawa mereka yang di tahan semalam juga senang dan santai dengan segala yang di lakukan PDRM. Mana mungkin mereka pendemo BerSHIT boleh duduk bagaikan di kedai kopi sewaktu berada dalam tahanan Pihak Polis.

Cuba lihat negara negara luar apabila seseorang di tahan maka layanan yang di berikan adalah amat teruk sama sekali. Itu belum lagi sy cakap mengenai negara dunia Ketiga yang mana seseorang yang di tahan akan di kurung dan di dera malah ada yang mati sewaktu dalam tahanan.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia menjalankan kewajipan mereka dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia dan juga ketenteraman awam agar tidak tergugat. Menjadi keutamaan mereka dalam hal ini dan sebarang tindakan yang di lakukan semalam oleh PDRM adalah mengikut lunas undang undang yang ada dalam Negara.

Hak PDRM dalam mengawal keadaan dan tidak ada Hak untuk kita berdemo semalam kerana demo tersebut adalah satu perhimpunan HARAM yang kita semua tahu bermotifkan politik.

Rakyat perlu sedar akan pekara ini, jika mereka Pakatan Pembangkang telus sudah pasti mereka juga akan memuji tindakan pihak POLIS dalam mengawal keadaan dan menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Terima Kasih PDRM, teruskan Usaha Murni anda dalam menjaga kami rakyat Malaysia.

Saturday, July 9, 2011

UPDATED: KJ kini dibebaskan POLIS..





Berita terkini :

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang mengetuai perarakan Patriot petang tadi telah pun dibebaskan dari lokap polis IPD Jinjang.


Alhamdullilah... esok sambung lagi nak..hehehe