powered by
TickBar

Thursday, February 3, 2011

PELAJAR MALAYSIA DI MESIR DIBUNUH BERAMAI-RAMAI !!!!!!!!!!!!

Ibu bapa yang anak-anak mereka merupakan 11,300 pelajar Malaysia di Mesir, wajar BERDUKA dan BERGUNDAH-GULANA sekarang!!!! Ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir, sudah sepatutnya menempah kubur, menyediakan duit untuk berkenduri doa selamat dan menyambut keranda-keranda yang akan dihantar oleh pesawat-pesawat asing ke negara ini.

Sebabnya, para pelajar Malaysia di Mesir, telah dibunuh beramai-ramai! Manakala pelajar-pelajar perempuan pula telah dirogol dan mayat mereka dibakar hangus menjadi abu.

Segala bentuk bantuan dan usaha yang dikatakan dilakukan oleh Kerajaan UMNO-BN seperti yang diuar-uarkan di dalam kebanyakan media, HANYALAH PEMBOHONGAN semata-mata. TIDAK ADA penghantaran pesawat-pesawat, sama ada MAS, AirAsia, pesawat pengangkut C-130 Hercules, mahupun Kapal Serbaguna Bunga Mas 5. Itu semua hanyalah cerita dongeng semata-mata!!!

Apabila berita yang mengatakan semua rakyat Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat, ia sebenarnya adalah sebaliknya. Ramai pelajar Malaysia telah ditembak, dibunuh, disula, dipancung dan dirogol. Apabila Kerajaan Malaysia mengatakan, Jeddah akan menjadi pusat transit dan pengumpulan semua rakyat Malaysia di Mesir selain Maldives dan Abu Dhabi, ia hanyalah omongan kosong.... hakikatnya Kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa pun dengan Najib Abdul Razak sedang bergembira menyambut Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur.

Itu berita yang sedang disebarkan oleh sebahagian pihak yang rasa mereka akan gagal untuk menyeru rakyat Malaysia berkumpul dan berdemonstrasi esok di Jalan Tun Razak di hadapan bangunan Kedutaan Besar Amerika Syarikat. Ada yang berterus-terang menipu untuk menunjukkan kerajaan Malaysia adalah kejam. Ada juga yang berselindung-selindung dengan menyatakan sokongan terhadap kekacauan yang berlaku di Mesir.

Sedangkan pada masa yang sama, jaminan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Mesir adalah SEMUA RAKYAT MALAYSIA SELAMAT dan tidak dicederakan. Berita tentang pelajar perempuan Malaysia dirogol dan pelajar lelaki dicederakan, hanyalah cerita bohong. Begitu juga dengan cerita seorang pelajar lelaki mengalami kecederaan setelah terkena tembakan peluru getah sewaktu keluar untuk mencari makanan di Mansuriah, juga tidak berasas sama sekali!!!

Blogger-blogger Pakatan Rakyat sedang berusaha meracun rakyat Malaysia untuk bangun memberontak seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir, Jordan, Oman dan sekarang ini, Yaman. Mereka memberikan cerita yang baik-baik tentang rusuhan tersebut, sekalipun mereka sedar, rusuhan seperti itu akan menyebabkan negara-negara terbabit akan berada di bawah tapak kaki Amerika Syarikat dan Zionis Israel secara langsung. Mereka bagaimanapun menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak untuk menyelamatkan dan mengeluarkan rakyat Malaysia, tetapi mereka mendiamkan diri tentang punca sebenar rakyat Malaysia perlu diselamatkan...

Kalau benar rusuhan tersebut baik di Mesir, mengapa pula rakyat Malaysia perlu dikeluarkan? Biarkan saja mereka di sana. Setidak-tidaknya mereka boleh membantu rakkyat Mesir!!! (BACA HARAKAH DAILY)

BODOH BAHLOL!!!!

Tidak ada satu pun reformasi yang dilaung-laungkan, baik untuk sesebuah negara!!!

Tidak ada satu kekacauan pun yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat!!!!

Tidak ada satu pun tunjuk perasaan yang akan berakhir secara aman sungguhpun ianya adalah tunjuk perasaan aman!!!

Contoh terbaik adalah Indonesia... sungguhpun berjaya menumbangkan Sueharto, namun jutaan rakyatnya bercerambah di Malaysia mencari rezeki sekalipun sudah lebih 13 tahun peristiwa reformasi berlangsung... masih tidak ada pembaikan ketara dalam semua sudut termasuklah ekonomi, sosial dan agama di Indonesia melainkan cakap saja pandai, hujah sahaja hebat tapi hari-hari merayap masuk ke Malaysia secara haram dengan jumlah yang bukan sedikit...

Mujurlah Malaysia ini mudah diceroboh... kalaulah Malaysia benar-benar mengamalkan undang-undang Zionis seperti yang digambarkan oleh blogger-blogger Pakatan Rakyat, barangkali setiap hari ribuan rakyat Indonesia mati berkaparan di permukaan laut akibat dibedil dan dimamah peluru tembaga serta timah pasukan keselamatan!!!

Wednesday, February 2, 2011

Dimanakah usaha Pakatan bagi membantu pelajar di Mesir?

Ramai yang susah hati dan juga bimbangkan keselamatan para pelajar kita di Mesir. Ini kerana Mesir kini sedang dilanda pergolakan akibat dari pentadbiran dalaman mereka sendiri. Tapi, syukurlah pemimpin-pemimpin negara kita amat prihatin dan berusaha sepenuhnya bagi membantu menyelamatkan kesemua para pelajar kita.

Untuk menguruskan 11,000 rakyat yang dalam kesusahan di luar negara seperti di Mesir ini, ia bukan satu perkara yang mudah. Ini satu tugas yang perlukan kesabaran dan tindakan amat teliti dari Kerajaan Malaysia.

Tetapi, dimanakah usaha dan juga tindakan pihak pembangkang terutamanya dari Nik Aziz, Anwar dan lain-lain didalam isu pelajar kita di Mesir ini? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih pada pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang mengatur usaha penyelamat.
Lagipun, dikhabarkan hampir kebanyakan pelajar di sana adalah terdiri dari golongan yang pro pembangkang. Ini menguatkan lagi tanggung jawab parti-parti pembangkang untuk bersyukur dan membantu kerajaan didalam usaha menyelamat.
Jangan hanya asyik nak mendoakan bala dan sibuk mengumpulkan rakyat untuk berdemonstrasi mendesak

Presiden Mesir untuk meletak jawatan. Ini bukan masanya untuk tunjukkan kebangangan berpolitik, tetapi sebaliknya adalah masa untuk berkerja demi kesejahteraan rakyat.
Seperti sudah menjadi satu tradisi.., pihak pembangkang hanya tahu menunggu kesilapan dan juga kelemahan pihak kerajaan. Ini semua bagi memenuhi agenda politik mereka untuk mengutuk dan memperlekehkan setiap usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Rakyat kini sudah bijak menilai. Rakyat kini sudah mampu membezakan pemimpin manakah yang tahu buat kerja dan yang mana hanya tau bercakap sahaja. Kerajaan Barisan Nasional kini berusaha bersungguh-sungguh untuk selamatkan setiap individu warganegara Malaysia di Mesir.
Sedangkan pihak Pakatan hanya tahu menyalak tanpa melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Apatah lagi untuk mententeramkan kerisauan keluarga pelajar-pelajar kita yang sedang bimbang tentang nasib anak-anak mereka.
Inilah bezanya diantara pemimpin yang tahu buat kerja dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja. Pemimpin kerajaan sudah memikirkan mencari strategi dan cara untuk mengeluarkan serta memindahkan warga Malaysia. Pihak pembangkang pula sibuk bertungkus lumus mengajak orang ramai mengadakan demonstrasi.

Jika diteliti, adakah dengan cara berdemonstrasi seperti yang dilakukan oleh puak Pakatan akan mampu menyelamatkan para pelajar kita di Mesir?
Bukti sudah jelas didepan mata yang pemimpin-pemimpin Pakatan langsung tak tahu berfikir untuk buat kerja. Yang mereka tahu hanyalah untuk menambahkan kesusahan yang ada didalam negara.

Sebab itulah mereka-mereka ini tidak pernah diizinkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin utama didalam negara. Puak-puak ini akan hanya membawa kemusnahan jika diberikan kuasa pada mereka. Lihat sahaja contoh dibeberapa negeri yang mereka tadbir sekarang sebagai renungan.

FELDA KUBU KUAT BN !

Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang telah pun berakhir. Setelah berkampung serta berkempen berminggu-minggu, akhirnya rakyat telah memilih calon dari Barisan Nasional iaitu YB Mohd Azahar Ibrahim sebagai wakil mereka.

Namun apa yang menarik pada pilihanraya kecil ini ialah terdapatnya 3 kawasan Felda di dalam DUN Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. 
Pada pilihanraya umum 2008, wakil BN hanya memenangi DUN Tenang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi. Namun pada kali ini, majoriti BN telah bertambah ke 3,707 undi iaitu pertambahan sebanyak 1,215 undi.

Sebelum ini, Felda dan BN telah diserang dengan bertubi-tubi oleh pembangkang terutamanya PAS melalui Saudara Mazlan Aliman dan PKR melalui Saudara Suhaimi Said. Mereka telah di pertanggungjawabkan untuk mengubah pandangan peneroka serta generasi muda terhadap Felda dan kerajaan. 
Berbagai-bagai risalah, CD, buku, ceramah dan serangan melalui internet telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda. Alhamdulillah, segala usaha mereka ini telah dapat di bendung dan di tangkis oleh Felda dan kerajaan.

Akhirnya pada 30 Januari 2011, keputusan yang di perolehi adalah seperti berikut :-

Felda Tenang : BN - 795 (71.3%), PAS - 320 (28.7%)
Felda Chempelak : BN - 985 (87.7%), PAS - 138 (12.3%)
Felda Chempelak Barat : BN - 838 (85.5%), PAS - 142 (14.5%)

JUMLAH KESELURUHAN UNDI KAWASAN FELDA :
 BN - 2,618 (81.4%), PAS - 600 (18.6%)

Dari keputusan di atas, jelas menunjukkan bahawa Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN walaupun aktiviti-aktiviti tidak sihat oleh pembangkang telah di lakukan untuk menghasut peneroka serta generasi muda Felda.
Isu yang di mainkan oleh Anwar untuk mengambil tanah dari Felda Plantation dan di berikan kepada generasi muda juga tidak berjaya mengubah sokongan padu mereka kepada BN.

Mengikut keputusan mengikut saluran pula, di dapati pertambahan yang mendadak untuk BN di ketiga-tiga saluran. Saluran yang paling ketara ialah saluran untuk generasi muda Felda. 

Keputusan ini merupakan mimpi mengerikan untuk Mazlan Aliman dan PAS kerana mereka telah di peruntukkan wang yang agak besar untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda untuk menentang kerajaan.

Kesimpulan yang dapat kita buat dari keputusan ini adalah seperti berikut :-

1) Felda masih menjadi kubu kuat kepada BN
2) Sokongan peneroka dan generasi muda Felda semakin mantap kepada BN
3) Segala usaha yang telah di lakukan oleh Felda dan kerajaan telah di iktiraf oleh peneroka dan generasi muda Felda.
4) Majoriti peneroka dan generasi muda Felda menolak cara pembangkang menghasut mereka
5) Mereka semakin bijak di dalam menilai usaha murni yang dilakukan oleh Felda dan kerajaan


Walaupun keputusan pada kali ini semakin baik di kawasan-kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh mengambil ringan terhadap usaha jahat pembangkang untuk menghasut peneroka dan generasi muda Felda. Ini adalah kerana, selepas ini mereka akan bekerja lebih kuat untuk mengubah Felda yang menjadi kubu kuat BN.

Dikatakan, pembangkang terutamanya PAS dan PKR telah bersedia untuk menyerang Tan Sri Isa Samad secara peribadi (character assasination).