powered by
TickBar

Tuesday, December 28, 2010

Selamatkah MALAYSIA untuk dikunjungi?

sememangnya diakui sekarang memang negara hangat dengan isu BOLA SEPAK PIALA AFF SUZUKI.

dan isu2 politik yang negara TENGGELAM seketika dek kerana aura HARIMAU MELAYA mengaum menjelang pertemuan final kedua dengan INDONESIA..

dan di sebalik auro bola sepak negara ini terselit SERIBU PERSOALAN, selamatkah MALAYSIA untuk dikunjungi PELANCONG ASING??

baru2 ini negara  DIKEJUTKAN oleh kemalangan BAS yang agak ngeri DI SIMPANG PULAI-CAMERON HIGLAND yang membabitkan PELANCONG ASINGdari THAILAND.



dan setelah beberapa hari selepas kejadian ANGKA KORBAN  MENINGKAT kepada 27 orang yang semuanya berasal dari THAILAND.

kemudian tidak sampai seminggu kejadian NGERI itu MENGGEMPARKAN negara seketika disebalik kehangatan Piala AFF, negara dikejutkan lagi dengan TRAGEDI BOT KARAM di MERSING.

semua MANGSA yang mati adalah dari PELANCONG dari SINGAPURA..

bot yang hanya dibenarkan MEMBAWA kira-kira 12orang itu karam apabila membawa lebih muatan dengan 29orang..

jadi yang menjadi tanda tanya dan persoalan disini.

dimanakan PERANAN kementerian yang bertangungjawab dalam menyelesaikan isu ini dan apakah ini hanya permulaan tamparan kepada industri pelancongan negara??

sememangnya kes ini agak biasa berlaku di negara lain dimana pelancong asing sering kali kemalangan jalan raya akan tetapi perlu diingat, kerajaan sendiri sedang GIAT MEMPROMOSIKAN malaysia dia mate dunia tetapi ciri2 keselamatan untuk pelancong asing tidak dipertingkatkan.

PIHAK berwajib tolonglah pk care untuk kurangkan kemalangan terhadap pelancong asing yerk.

Friday, December 17, 2010

WikiLeaks: IMPAK TERHADAP NEGARA. (Bahagian 1)

wikileaks?

impak terhadap pegawai diplomat asing:

sememangnya diakui antare tugas pegawai diplomat asing yang berkhidmat di negara lain adalah menjaga kebajikan rakyat asing di negara tersebut.

akan tetapi pegawai diplomat asing ini sebenarnye bertugas sebagai pengintip negara dimane mereka senantiasa menghantar maklumat rahsia negara tersebut kepada kerajaan mereka.

disini,boleh dilihat maklumat2 sebegini senang untuk dibocori oleh mana2 pihak seperti WIKILEAKS untuk membocorkan hal2 sulit negara.

SEBENARNYE,jika dilihat kepada sejarah, TENTERA AMERIKA telah menggunakan emel sejak 20TAHUN lepas untuk menghantar KOD-KOD rahsia tentera serta hal berkaitan dengan perang.

jadi disini boleh dilihat bagaimana pembocoran maklumat ini dapat tersebar kepada orang awam kerana DUNIA MASA kini semuanya menggunakan emel untuk menghantar sesuatu.

jadi penggunaan emel dalam kalangan angkatan TENTERA AMERIKA menjadi tidak relevan pada masa kini.

KOD-KOD yang rahsia kerajaan boleh DIPECAHKAN dengan begitu senang sekali oleh pembocor-pembocor maklumat pada masa kini.

KOD-KOD ini suatu masa dahulu mengambil masa 5 hingga 6 bulan untuk DIPECAHKAN akan tetapi kini penggodam2 ini hanya mengambil masa kira 5-10 MINIT UNTUK DIPECAHKAN.

oleh itu Wikileaks sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ini tidak boleh dipersalahkan oleh mana-mana negara kerana PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN oleh WIKILEAKS ini adalah satu iktibar terhadap SISTEM PERANTI KESELAMATAN negara untuk lebih mengetatkan lagi maklumat-maklumat rahsia kerajaan MALAYSIA khasnya.

SEBENARNYA maklumat dan fail yang dibocorkan  oleh WIKILEAKS ini adalah pada tahap RAHSIA dan bukannye pada peringkat  SULIT.

Thursday, December 9, 2010

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM

merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;


1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.


2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.
 
5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

 7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

p/s:

Sehari dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut.

Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti Umno. Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi.

Friday, December 3, 2010

Latihan KHIDMAT NEGARE membazir duit RAKYAT?











pada era pemerintahan DS Najib,pelbagai SUBSIDI telah dikurangkan dan pada era pemerintahan DS Najib jugelah berlaku kemelesetan ekonomi yang berada pada tahap kritikal.

dan sumenye diatasi dengan pelbagai langkah yang agak berkesan dari pakar2 ekonomi negare..

akan tetapi bg saya sebagai blogger DEMOKRASI ingin luahkan disini pendapat tentang aliran keluar duit yang dibelanjakan..

latihan KHIDMAT NEGARE??
adekah ianye efishen dan memberi pulangan semule mahupun pelaburan besar kerajaan ini berbaloi??

Latihan Khidmat Negare ini telah dimulakan pada tahun 2004 setelah mendapat persetujuan JEMAAH MENTERI pada 30 october 2002 dan telah dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan seterusnya mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

sebenarnye penubuhan Latihan Khidmat Negare ini tidak memberikan kesan yang positif kepade negare dalam jangke masa panjang..

saya tidak kisah semasa menulis artikel ini,saya akan ditahan oleh pihak berkuasa kerana saya hanya mahu meluahkan pendapat seorang remaja yang sedang memerhatikan gerak geri kerajaan,.

setiap tahun KERAJAAN membelanjakan BERJUTA-JUTA ringgit untuk PLKN ini sahaje.

cume BAYANGKAN setiap pengambilan PLKN ini akan mengambil sebanyak 85000 orang penuntut dan jika KOS SETIAP SEORANG menelan belanje sebanyak rm15RIBU dan bayangkan itu hanye lah KOS MAKAN,MINUM,PENGINAPAN,ELAUAN serta PAKAIAN yang diberi percume kepade setiap penuntut..

maka bayangkan lah BERAPA RATUS JUTA duit yang dibelanjakan oleh KERAJAAN dalam setahun..

sememangnya diakui PLKN ini meberi kebaikan dalam jangka masa pendek kepade bekas2 penuntut selepas mereka keluar dari KEM PLKN kelak..

sememangnya MODUL P&P yang diajar didalam PLKN ini boleh dianggap terbaik AKAN TETAPI perlu diingat kemane KOKURIKULUM yang mereka belajar disekolah sebelum ni??

mungkin KOKURIKULUM itu boleh diganti dengan MODUL PLKN ini..















akan tetapi sebenarnye,ini adelah satu PEMBAZIRAN BESAR yang mungkin rakyat nampak ianya adelah KEBAIKAN tetapi sebenarnye ianya adalah PEMBAZIRAN..

mungkin kerajaan perlu mencari ALTERNATIF lain untuk menggantikan PLKN ini bagu menjimatkan kos, serta duit yang disalurkan itu boleh back-up SEMULE SUBSIDI2 lain yang telah dikurangkan..

SEMEMANGNYA PLKN ini memberi impak yang positif terhadap sahsiah penuntut PLKN ini akan tetapi ianya hanyalah untuk JANGKE MASA PENDEK SAHAJA..















ALTERNATIF dan kajian secare terperinci perlu dilakukan oleh PAKAR EKONOMI dan MENTERI yang berkenaan..

Minyak NAIK salah sape?





baru tadi sy dgr berite minyak RON95 akan dinaikkan 5sen..
jadinye harge minyak sekarang sudah RM1.90 seliter berbanding harge sebelum RM1.85..

DIESEL pun naik kepade RM1.80..

PM kate harge minyak naik bukan sebab kerajaan tetapi sebab harge PASARAN SEMASE.

aduhai SUBSIDI semakin dikurangkan..sememangnya 5sen ini mungkin tidak dirasai berbanding kenaikan harge bagi RON97..

akan tetapi bayangkanlah peniaga2 mahupun peruncit diluar sana akan mengambil KESEMPATAN keatas kenaikan harge minyak ini..

kalau xcaye lihatlah nanti dalam masa seminggu due ni..
alahai HAGE MINYAK naik,HARGE GULE naik..

aduhai..

tapi gaji xnaik2??
yang ade hanya lah rm500..

ckup ke rm500 kalau dalam keluarge tu anak yg masih sekolah ade 6orang?
cukup ke wahai Datuk Seri oi...

sememangnya KERAJAAN perlu mengkaji semule nilai ekonomi dan tahap gaji PENJAWAT AWAM di MALAYSIA ini..

kalau la KERAJAAN masih meberi wang sebanyak RM500 lagi tahun depan,sah3 PRU-13 nanti bungkus la BN..tersungkur..xpun majoriti KERUSI PARLIMEN akan dipegang oleh PEMBANGKANG..

jadi kepimpinan DS Najib ini perlu menggkaji dan mencongak semule tahap ekonomi dan gaji PENJAWAT AWAM selaras dengan kenaikan barang2 yang lain..

kalau BARANG NAIK,GAJI PUN MESTILAH KENE NAIK!!

kalau x,memang ini lah topik PEMBANGKANG yang akan dibahaskan apabile PRU13 menjelang nanti..
tunggu dan lihat lah datukseri...

Thursday, December 2, 2010

SELANGOR akan diserang habis-habisan!!

PRU-13 xlama je lagi.

UMNO/BN telah awal2 lagi menyiapkan barisan jenteranya dengan pelbagai taktik..

apa yg sy lihat BLOGGER2 UMNO ini sememangnya hebat dalam menyebahkan dakwah2 mereka dan mereka juga hebat dalam menhebahkan hal-hal sulit serta fail-fail sulit kerajaan pembangkang..

wah! dah macam WIKILEAKS pulak blogger2 ni yek.
dan sekarang bukak sajela blog2 parti memerintah..

KEMPEN SERANGAN ke atas kerajaan SELANGOR pimpinan KHALID GAGAP!

wah keep it bro,blog ini juga akan sentiasa membela siapa yang betul dan siapa yang salah.

blogger DEMOKRASI maccam nila sy..=)

dan kini ISU AIR menjadi persoalan di SELANGOR..

SYABAS siap bagi percume kepade keluarge yang sukar untuk jelaskan bil air,si KHALID ni boleh pulak canag2 kan SYABAS ni amacam..

aduhai KHALOD GAGAP dah xmampu nak berkate ape3 lg tentang isu air ini dek kerana SYABAS sendiri nak buat KEBAJIKAN TAPI almaklumlah dah name pun PEMBANGKANG,ade aje die nak bangkang...



orang buat kebajikan pun nak attack..aduhai PKR..awak tu dahla memerintah dgn KAFFIR LAKHNAK dah tu org buat baik dekat OARANG SAMA MELAYU pun nak bangkang ke??

ADUHAI KHALID GAGAP!!

ade ke NIK AJIS suruh buat macam ni?orang buat baik pun kau nak kecoh??

NIK AJIS ape sudah jadi pade KHALID GAGAP ni??
hei..


BAGUS SYABAS.,teurkan niat murni syarikat anda..jangan hiraukan KHALID GAGAP !

Wednesday, November 24, 2010

PENGASAS PKR meninggal dunia??




Alahai baru td sy bce dari blog rasmi PKR..

Pak Kudus atau nama sebenarnye Abdul Kudus Omar meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat serangan jantung hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini.

Jadi sy xnak membebel panjang pun cume yang menjadi perosalan nye adekah PKR menjage serta mengurus bekas pemimpin mereka yang telah bersara dari arena poltik dengan baik?

Tak perlu menjelaskan lebih mendalam.cume cube kite mengaitkan kaitan antare dua parti utama negara kita yakni UMNO dan PKR...

ALAHAI PKR,.. tengokla mcm UMNO,bile pemimpin mereka sudah bersara dari jawatan tinggi kerajaan mereka tetap mengenang jasa dan mengambil pemimpin tersebut sebagai PENASIHAT ataupun PEMERHATI... ini kerana walaupun khidmat mereka sudah tamat dengan kerajaan akan tetapi pengalaman serta kebolehan mereka semasa memimipin parti masih dihargai sehingga kini..

lihat sahalah TUN DR. MAHATHIR dan bebrapa pemimpin lain seperti TUN MUSA HITAM dan TENGKU RAZALEIGH..mereka ini diambil sebagai penasihat parti untuk memantapkn lagi parti..

berbalik kepada isu PKR...alahai PKR...tak kan nak harapkan ANUAR ANTARTUK JE..inilah contok manusia tamak,semua die nak..PM pun nak jadi last2 kelentong ahli PKR sendiri..haha..kesian btol sy tgk ahli PKR kne tiup hidup2 dgn ANUAR AL-JUBURI..ihhiihhi


aduhai sampai ke bile la ANUAR nak mempersia2 kan perjuangan die...

PKR HANYA untuk ANUAR DAN KELUARGA NYA..jgn haraplah calon len nak jadi PRESIDEN PKR..haha!

Tuesday, November 23, 2010

PKR TIBA DI PENGHUJUNGNYA??


Rakyat Malaysia mengetahui susur-galur sejarah kemunculan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu, mereka perlu mengaudit gelagat PKR dan karenah perilaku kepimpinan tertingginya mutakhir ini untuk memastikan ianya parti bermaruah atau sebaliknya. Gelagat paling terakhir yang patut diaudit adalah episod pemimpin PKR keluar parti dan kisah baling-membaling kerusi dalam mesyuarat tahunan PKR baru-baru ini.

Gelagat ini merupakan elemen baru dalam perjuangan PKR yang mendakwa sebagai jaguh demokrasi par excellence di Malaysia.

Tetapi, kisah perilaku kepimpinan tertinggi PKR adalah episod sensasi paling terkini yang mesti diaudit oleh rakyat Malaysia.

Sebuah akhbar Australia menyiarkan berita sekumpulan Ahli Parlimen dan Senator Australia mendesak Malaysia menggugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas nama demokrasi dan hak asasi kemanusiaan.

PAS suruh BN buat tetapi kenape PAS tak buat?

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.


2 Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".

KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.


3 PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"

KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.


4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi"

KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.


5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".


6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"

KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".


7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."


8 PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.


9 PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".

KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.


10 PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak)

BN buke keahlian kepade secare terus??

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus berkuat kuasa pada Sabtu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

tetapi pada pandangan saya, membuka keahlian ini kepada ahli bersekutu untuk bergabung dibawah BN adelah satu perkara yang mungkin tidaklah membawa perubahan besar..

dek kerana kepercayaan rakyat yang bukan beragama islam dan bukan dari kaum Bumiputera telah merosot,ini adelah care terbaik bg BN untuk menarik dan memikat hati rakyat menjelang PRU-13 yang akan datang..

mungkin bagi sudut ahli2 BN, ini adelah peluang terbaik mereka untuk merebut sebarapa banyak kerusi semasa di PRU 13 kelak..

akan tetapi dari sudut pandangan sy
adalah mustahil jika satu pihak itu tidak menyukai mana-mana komponen BN, akan menjadi ahli bersekutu BN.

kerana bg sy jika seseorng itu tidak menyukai UMNO,tetap tidak menyukai..

sbenarnye keahlian secare terbuke ini tidak meberi manfaat kepada ahli2 bersekutu..
mereka pun ada otak...bkn nye bdk skola..DS Najib umum,terus mereka bergabung..

mane tidaknye ahli2 bersekutu ini keistimewaan nye tidak same dgn ahli2 UMNO n BN yang len..so baiklah mereka memilih jalan sendiri untuk bertanding..

tetapi mungkin dari sudut kewangan mahupun pentadbiran penggabungan ini merupakan asas kukuh parti2 bersekutu untuk pergi lebih jauh dan mendapat sambutan rakyat..

sebenarnye..walau ape pun yang dilakukan oleh BN, rakyat sendiri yang mampu menilai..