powered by
TickBar

Sunday, July 10, 2011

EKSKLUSIF: BUKTI bergambar kekejaman POLIS..

Hari ini kesemua Blogg Pakatan pembangkang memainkan isu Demo BerSHIT semalam yang GAGAL di laman Blogg Blogg mereka. Bermacam maca cerita yang di keluarkan dan pastinya artikel dengan entry KEKEJAMAN POLIS menjadi target utama mereka.

POLIS KEJAM, POLIS ZALIM, POLIS YAHUDI dan bermacam macam lagi yang mereka nyatakan ke atas pasukan PDRM yang semalam bertungkus lumus menggagalkan demo haram berSHIT.

Polis menjalankan kewajipan mereka dalam menjaga ketenteraman awam dan apa sahaja yang mengundang masaalah kepada ketenteraman awam mestilah di patahkan cubaan tersebut melalui pelbagai cara sekalipun.

FRU Pasukan Polis yang merupakan elemen terpenting dalam pengkuatkuasaan semalam banyak di persalahkan oleh Pakatan Pembangkang kerana di katakan kasar dan bertindak tidak berhati perut kepada para pendemo. Benarkan begitu?

Ya sy tidak nafikan memang cara FRU Kasar sewaktu demo semalam namun itulah FEDERAL RESERVE UNIT yang kerja meraka adalah untuk mengawal kekecohan dan mematahkan aktiviti yang boleh menggugat keamanan negara.



                                 ini ke rakyat malaysia?
                                       dah macam kedai kopi dah..pdhal dekat khemah polis..
                                    disoal siasat secara baik..
                        
Gambar Gambar di atas membuktikan kepada kita Semua PDRM bukanlah kejam dan zalim sebagaimana
yang di kata malah lebih meyakinkan kita apabila gambar gambar di atas membuktikan bahawa mereka yang di tahan semalam juga senang dan santai dengan segala yang di lakukan PDRM. Mana mungkin mereka pendemo BerSHIT boleh duduk bagaikan di kedai kopi sewaktu berada dalam tahanan Pihak Polis.

Cuba lihat negara negara luar apabila seseorang di tahan maka layanan yang di berikan adalah amat teruk sama sekali. Itu belum lagi sy cakap mengenai negara dunia Ketiga yang mana seseorang yang di tahan akan di kurung dan di dera malah ada yang mati sewaktu dalam tahanan.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia menjalankan kewajipan mereka dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia dan juga ketenteraman awam agar tidak tergugat. Menjadi keutamaan mereka dalam hal ini dan sebarang tindakan yang di lakukan semalam oleh PDRM adalah mengikut lunas undang undang yang ada dalam Negara.

Hak PDRM dalam mengawal keadaan dan tidak ada Hak untuk kita berdemo semalam kerana demo tersebut adalah satu perhimpunan HARAM yang kita semua tahu bermotifkan politik.

Rakyat perlu sedar akan pekara ini, jika mereka Pakatan Pembangkang telus sudah pasti mereka juga akan memuji tindakan pihak POLIS dalam mengawal keadaan dan menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Terima Kasih PDRM, teruskan Usaha Murni anda dalam menjaga kami rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. wau..baiknya polis malaysia :)
    http://www.youtube.com/watch?v=03Z1eixHbdo
    same rally,different angle

    ReplyDelete