powered by
TickBar

Saturday, July 9, 2011

UPDATED: PATRIOT Dapat layanan yang SAMA dengan BERSHIT..

UMNO kena gas pemedih mata dan baton FRU, malah ada yang dipijak kerana ingkar arahan bersurai. Mungkin ada yang tidak percaya bahawa Patriot yang diketua oleh Pemuda UMNO dibelasah oleh FRU lagi-lagi totok pembangkang.

Pada awalnya semua menyangka bahawa polis mungkin akan memberi laluan kepada Patriot memandangkan kumpulan 'baju merah' ini adalah entiti yang diwujudkan UMNO yang bertujuan menjaga kedaulatan serta keamanan negara.


Rupanya jangkaan semua org meleset, ketika Patriot menghampiri pasukan anggota FRU tiba-tiba loceng amaran dibunyikan selain itu amaran suara turut dilaungkan oleh pihak polis menggunakan 'hailer' supaya kumpulan 'baju merah' bersurai.





Dalam erti kata lain, saya boleh katakan PDRM merupakan pasukan polis yang sangat-sangat adil dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Malah istilah 'bias' juga tidak ada wujud walaupun mereka berhadapan dengan menantu bekas Perdana Menteri iaitu Pak Lah.

No comments:

Post a Comment