powered by
TickBar

Friday, December 9, 2011

Tak Mahu Lepaskan Jawatan NIK AZIZ salahkan MAHATHIR..

Menjadi seorang Nik Abdul Aziz sememangnya mudah. Apabila sudah terdesak, salahkan sahaja sesiapa sahaja yang paling dibenci oleh para pengikut PAS dan Pakatan tetapi nama itu jugalah yang mampu membuatkan sabdaan Nik Aziz akan diangkat sebagai satu kanun.

Itulah yang berlaku apabila Nik Aziz yang dikatakan menghidap barah prostat tidak akan melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat walaupun pada masa yang sama akan melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan yang telah disandangnya selama lebih 20 tahun walaupun pencapaian yang ditunjukkan sebagai Menteri Besar amat memalukan kaum, bangsa dan agama.

Sebagai seorang tua, Nik Aziz sedar bahawa dia sebenarnya tidak lagi diperlukan. Apatah lagi dia memang gagal total, termasuklah untuk memastikan bekalan air bersih untuk seluruh penduduk serta rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan Nik Abdul Aziz sudah kerap kali dibuaikan dan didodoi oleh dendangan pujian serta ampu yang melampau, maka dia perlu menyalahkan orang lain bagi mencipta alasan mengapa dia tidak perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.

Dalam hal ini, Nik Aziz menyalahkan Mahathir. Nik Aziz menyalahkan Mahathir kerana Mahathir telah berhenti dan melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Betullah cakap Nik Aziz, siapa suruh Mahathir berhenti. Sekarang, tak guna Mahathir melalak menyuruh dia pula berhenti kerana dia memang tidak mahu berhenti.

Itulah petanda jelas yang menunjukkan Nik Aziz sudah nyanyuk dan pelupa. Nik Aziz tidak ingat lagi bagaimana dia mendesak Mahathir melepaskan jawatan dengan segala macam fatwa dan kemudian berkata, dia akan melepaskan jawatan sekiranya Mahathir turun daripada takhta Perdana Menteri

Tetapi Nik Aziz hanyalah seorang manusia yang lidahnya terlalu bercabang-cabang. Teruk benar perangai orang politik sepertinya yang akan bercakap apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran asallkan dia dapat dapat memberi alasan biarpun alasan itu sebenarnya menjelaskan dan menunjukkan yang tidak seulamak seperti yang digembar-gemburkan oleh para pengikutnya.

No comments:

Post a Comment